Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, Dharma turut menyenaraikan tujuh pemain yang beraksi dalam beberapa liga hoki benua Eropah untuk menguatkan cabaran dalam kejohanan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu.

Mereka adalah Raja Norsharina Raja Shabuddin, Surizan Awang Noh, Nuraslinda Said (Liga Scotland), Hanis Nadiah Onn dan Wan Norfaiezah Saiuti (Liga Jerman) selain Nuraini Abd Rashid dan Fatin Shafika Mohd. Sukri (Liga Itali).

Dalam kejohanan yang akan berlangsung di Kelab Hoki Banbridge dari 8 hingga 16 Jun ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Republik Czech, Singapura dan Ireland.

Empat lagi negara akan bersaing dalam Kumpulan B iaitu Korea Selatan, Scotland, Ukraine dan Perancis.

Dua pasukan terbaik daripada kejohanan berkenaan akan layak ke pusingan seterusnya dalam kejohanan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.


SENARAI 20 PEMAIN


PENJAGA GOL: Farah Ayuni Yahya, Mas Huzaimah Md Aziz

PERTAHANAN : Siti Noor Amarina Ruhani, Julaini Mohamad Din, Nuraini Abd Rashid, Raja Norsharina Raja Shahbuddin, Nur Maizatulhanim Syafi Sheikh Fuad

TENGAH : Nurul Syafiqah Mat Isa, Noor Hasliza Md Ali, Fatin Shafika Mohd Shukri, Fazilla Sylvester Sili

SERANGAN : Wan Norfaiezah Md Saiuti, Surizan Awang Noh, Hanis Nadiah Onn, Nuraslinda Said, Nur Zafirah Aziz, Norazlin Sumantri, Nur Amirah Shakirah Zulkifli, Kirandeep Kaur, Siti Zulaikha Husain.