NAJWAN HALIMI

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Najwan Halimi berkata, sifat marah dan benci yang mungkin ada terhadap laporan kedua-dua akhbar terbabit sebelum ini tidak seharusnya dilibatkan terhadap pekerja syarikat berkenaan.

“Mungkin ramai yang marah dengan Utusan lantaran pelaporan dan etika kewartawanan mereka selama ini. Namun kemarahan dan kebencian tak wajar dibawa dalam isu pekerja Utusan yang kini perlukan pembelaan.

“Ketepikan politik dan bersama kita bantu mereka,” katanya yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Kota Anggerik menerusi Twitter, malam tadi.

Kelmarin, kira-kira 100 kakitangan Utusan Melayu mengadakan piket di luar bangunan korporat syarikat tersebut bagi menuntut gaji yang tertunggak sejak tiga bulan lalu.

Isu kelewatan bayaran gaji menyebabkan kakitangan terbabit berdepan kesukaran untuk menguruskan perbelanjaan harian.

Turut mengalami nasib sama ialah bekas kakitangan yang mengambil skim pemisah sukarela (VSS) pada tahun lalu. - UTUSAN ONLINE