Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Abdul Raof Ahmad berkata, pihaknya akan memastikan kerja-kerja berjalan mengikut jadual dan berusaha mempercepatkan proses pemulihan kepada semua pelanggan yang terjejas.

“Air Selangor sedang bertungkus lumus memastikan semua berjalan lancar bagi meminimunkan gangguan air kepada pelanggan dan akan memberikan maklumat dari semasa ke semasa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE