Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan & Komunikasi   Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Abdul Raof Ahmad berkata, bekalan di sistem utama telah dibuka dan proses pemulihan bekalan air sedang berlangsung secara berperingkat.

"Bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki juga digerakkan ke kawasan terjejas dengan keutamaan kepada pengguna dan premis kritikal hingga bekalan air pulih sepenuhnya.

"Kami memohon maaf di atas segala kesulitan dan segala usaha sedang diambil bagi mempercepatkan pemulihan bekalan, " katanya dalam kenyataan akhbar di sini.

Antara kawasan terjejas adalah Kampung Pasir, Taman Kelab Ukay, Taman Bukit Mulia dan Taman Sering Ukay.

Turut terlibat  Kampung Ampang Indah, Kampung Ampang Campuran serta Taman Watan.

Untuk maklumat dan status terkini berhubung gangguan tersebut boleh merujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor atau layari www.syabas.com.my  yang dikemaskini dari semasa ke semasa.- UTUSAN ONLINE