Program yang bermula pukul 3 petang itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baharu Negeri Selangor Merangkap Ahli Dewan Negeri Kinrara, Ng Sze Han.

Yang turut hadir, Ahli Majlis kawasan, George Yap dan Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Mohamad Zulkurnain Che Ali.

Timbalan Pengarah, Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abd. Rashid berkata, program itu dianjurkan sebagai medium untuk merapatkan jurang di antara MPSJ dan penduduk di lima Blok Apartment Wawasan serta memberi ruang untuk mengenali penduduk setempat.

“Selain itu juga, ia bagi mendalami serta memahami permasalahan yang dihadapi oleh penduduk.

" Taklimat mengenai perancangan MPSJ untuk memberdaya komuniti setempat melalui projek pangsapuri angkat yang akan merencanakan pelbagai program inklusif turut diberikan.

“Turut diadakan sesi dialog bagi memberi peluang kepada penduduk setempat menyuarakan sebarang pertanyaan, aduan atau melontarkan sebarang cadangan kepada MPSJ,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam program sama sebanyak 500 bungkusan bubur lambuk disediakan secara gotong-royong dengan melibatkan seramai 60 urusetia program dan telah diagihkan kepada penduduk. - UTUSAN ONLINE