Tawaran itu diberikan sempena kempen bayaran cukai yang bermula sepanjang bulan Januari sehingga Februari ini.

MDHS dalam kenyataannya memberitahu, kiosk bayaran MDHS dibuka 24 jam bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan tersebut.

“Bagi yang belum menerima bil, maklum balas atau pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi MDHS,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE