Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh berkata, bagaimanapun pihaknya masih belum mengenalpasti kawasan yang bakal dinaik taraf dan ia masih dalam perbincangan.

"Kami bercadang untuk menaik taraf lebih banyak kawasan di sekitar Kuala Lumpur bagi menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara.

"Ramai yang memuji kejayaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menukar kawasan kotor menjadi cantik dan dipenuhi lukisan mural," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis 'Promosi Pesta Makanan' di Pasar Raya Besar Lulu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE