Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ab. Ghafar A. Tambi berkata, usaha ini termasuk pemantapan melalui pengisian pengetahuan dalam kalangan generasi muda.

“Kita tidak nafikan arus pembangunan dan pemodenan di ibu negara terlalu pesat dan ia secara tidak langsung menjadikan tanggungjawab kementerian lebih mencabar.

“Namun ia bukan penghalang untuk memastikan hasrat itu benar-benar direalisasikan,” katanya ketika berucap merasmikan Forum Pengkisahan Sejarah Kuala Lumpur di sini hari ini.

Teks ucapan itu dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) , Nor Yahati Awang. - UTUSAN ONLINE