Menterinya, Khalid Abdul Samad memberitahu, langkah itu diambil bagi memberi keselesaan kepada pembeli dan selari dengan apa yang diputuskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu risau kerana harga yang ditawarkan dijamin tidak melebihi RM300,000 seunit. Walaupun projek Rumawip merupakan inisiatif kerajaan terdahulu, ia tetap diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan yang berpandangan ia sebenarnya berjaya dilaksanakan dan disampaikan kepada rakyat tanpa sebarang peruntukan langsung daripada pihak kerajaan,” katanya selepas merasmikan majlis Jualan dan Permulaan Kerja Bangunan Rumawip Residensi Rampai II di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi CRSC Holding Berhad, Datu Seri Lawrence Low dan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan. - UTUSAN ONLINE