Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Johary Anuar berkata, kejohanan kali kedua itu akan berlangsung selama 27 minggu atau sembilan bulan yang dijangka berakhir pada awal November dengan menyasarkan sebanyak 28 pasukan sahaja.

“Pertandingan akan diadakan di Wangsa Bowl, One Utama bermula pada 4 April, setiap Rabu pada pukul 9 malam.

“Juara pertandingan akan membawa pulang RM10,000 bersama piala pusingan serta piala iringan manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing RM6,000 dan RM4,000 bersama piala iringan.

“Bagi tempat keempat hingga ke-28 pula akan membawa pulang hadiah saguhati berbentuk wang tunai dan baucar,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat MBPJ di sini hari ini.

Maklumat lanjut mengenai kejohanan itu boleh menghubungi Siti Salwa Azmi di talian 012 484 3746 - UTUSAN ONLINE