Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Keharmonian khat, potret

Manfaatkan masa lapang dengan melukis

seni khat 2
seni khat

KUALA LUMPUR 23 April - Pengalaman melancong di beberapa negara asing­ memberi ilham kepada seorang remaja menghasilkan lukisan menarik dan mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Bagi Muhammad Irrsyad Syafiq Samad, 22, melukis sememangnya menjadi minat yang bercambah sejak di bangku sekolah lagi.

Pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Statistik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan ini turut berhasrat membuka galeri lukisan sendiri satu hari nanti.

“Saya meminati seni lukis sejak kecil dan bermula dengan melukis pemandangan alam sekitar sebagai subjek lukisan. Lama-kelamaan, saya semakin teruja mencuba sesuatu yang baharu sehingga timbul idea menggabungkan seni khat dan potret.

“Saya mengilhamkan gabungan kedua-dua seni itu supaya melahirkan lukisan unik dan kreatif,” katanya­ ketika ditemui di sini hari ini.

Muhammad Irrsyad mem­be­ritahu,­ melukis juga merupakan cara untuk mengisi masa lapang terutamanya ketika cuti.

“Saya masih belajar dan kadang­kala­ waktu untuk memberi fokus kepada lukisan agak terhad kerana perlu mengulang kaji dan membuat tugasan di UiTM.

“Lagipun, bidang pengajian yang saya ambil jauh berbeza dengan minat terhadap seni lukisan,” jelasnya.

Dalam pada itu, menurutnya, dia kini masih lagi dalam proses mendalami seni halus dan kerap merujuk maklumat daripada blog dan laman video, YouTube.

“Usaha ini akan diteruskan ke­rana minat yang tinggi terhadap bidang seni ini. Sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan memberi inspirasi untuk saya meneruskan minat dalam bidang ini,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain