Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, program anjuran Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan penduduk itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kebersihan.

“Buat masa ini sebanyak 56 kawasan di ibu negara menjadi lokasi sasaran yang ditumpukan untuk penilaian. Program ini bermula sejak Julai lalu hingga Jun tahun hadapan dan saya percaya ia akan diteruskan lagi.

“Saya berharap kita boleh mencontohi Jepun yang sangat menjaga kebersihan. Kesedaran mungkin mengambil masa 10 tahun untuk sampai ke peringkat itu kerana menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 1S1T di Kampung Malaysia Raya di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff dan Pengarah Perbadanan Pengurusan Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan, Ismail Mohamed. - UTUSAN ONLINE