Pegawai Komunikasi Korporat MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, penutupan operasi itu melibatkan Kaunter Khidmat Setempat di Menara MPAJ, dan Kaunter Kutipan Cawangan Melawati di Selangor.

“Kaunter kutipan akan kembali beroperasi seperti biasa pada 18 Februari bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang (kaunter menara) manakala operasi kaunter pada hari bekerja bermula daripada pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Bagaimanapun kata Norhayati, orang ramai masih boleh menggunakan perkhidmatan KIOSK untuk membuat bayaran cukai taksiran yang disediakan di Aras 4, Menara MPAJ atau membuat bayaran secara dalam talian. UTUSAN ONLINE