Kejayaan menewaskan lebih 800 peserta yang menyertai pertandingan itu membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000.

Mohamad yang sentiasa menyertai pertandingan itu memberitahu, dia tidak pernah menyangka akan bergelar juara memandangkan ramai kaki pancing berpengalaman bersaing dalam acara itu.

“Saya amat bersyukur, semua ini berkat sokongan keluarga terutamanya isteri yang selalu mendoakan kejayaan selain tidak pernah menghalang saya setiap kali menyertai mana-mana pertandingan memancing,’ katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah JPKL.

Hadiah tempat kedua dengan wang tunai RM2,000 disandang oleh Mohamad Albany M. Adip, 31, selepas berjaya menaikkan ikan patin seberat 11.300 kg.

Hadiah tempat ketiga pula menjadi milik Mohamad Juraimy Ahmad, 32, yang menangkap ikan spesies sama seberat 9.720 kg. Beliau membawa pulang wang tunai RM1,000.- UTUSAN ONLINE