Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Mohd. Nazam Harun berkata, pertandingan tahun kelapan bertemakan ‘Jom Pancing Rakyat Ceria Komuniti Sejahtera’ itu bertujuan meningkatkan rasa cinta rakyat kepada Wilayah Persekutuan dan mengekalkan keharmonian.

“Juara Pertandingan akan membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000, naib juara RM2,000 dan tempat ketiga sebanyak RM1,000. Pemenang tempat keempat hingga ke sepuluh pula akan menerima wang tunai RM200.

“Kami jangka 1,000 peserta akan mengambil bahagian pada JPKL kali,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Yuran RM40 dikenakan untuk sebatang joran dan pendaftaran boleh dibuat di meja urussetia di lokasi acara pada Sabtu ini bermula 1 petang hingga 10 malam.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman Facebook: jorankl atau hubungi urus setia di talian 013-2667011 dan 012-2846811. - UTUSAN ONLINE