Program tersebut yang berlangsung di Taman Kejiranan KD9, Kota Damansara, di sini adalah anjuran Kejiranan Seksyen 8 dan Seksyen 9, Kota Damansara dengan kerjasama Kariah Surau Al-Ulum.

Pengarah Program Jom BATIK, Abdul Rahman Talib berkata, acara yang diisi dengan pelbagai aktiviti hiburan itu turut membabitkan penubuhan Pustaka Mini Jom Baca yang bakal beroperasi di Rumah Anak-Anak Yatim Wardatul Jannah KD9 menjelang awal tahun depan.

“Saya amat berterima kasih kepada penduduk setempat yang mengambil inisiatif merealisasikan program ini sebagai satu pendekatan. Harapan saya supaya program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. - UTUSAN ONLINE