Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), selain Rompin yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 200 sejak pagi tadi, Johan Setia Klang mencatat peningkatan dari 174 kepada 201.

Bagaimanapun, terdapat beberapa kawasan mencatatkan IPU tidak sihat (bawah 200) sejak pagi tadi dilihat mula pulih antaranya Alor Gajah, Bukit Rampai dan Samarahan apabila masing-masing mencatatkan penurunan.

Kawasan lain yang masih mencatatkan IPU tidak sihat adalah Nilai (161); Petaling Jaya (152); Batu Muda (145); Klang ( 148); Sri Aman ( 141); Kuala Selangor (137); Seremban ( 135) dan Tangkak (122). - UTUSAN ONLINE