Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jawi nafi SRA Umar Bin Abdul Aziz bakal ditutup

KUALA LUMPUR 7 Julai - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menafikan Sekolah Rendah Agama (SRA) Umar Bin Abdul Aziz di Masjid Negara di sini akan ditutup.

ABDUL AZIZ JUSOH

Pengarah Jawi, Abdul Aziz Jusoh berkata, sekolah berkenaan tidak ditutup seperti yang dilaporkan.

“Dalam menyediakan ruang dan persekitaran pembelajaran yang baik kepada para pelajar, Jawi mengambil inisiatif memindahkan pelajar terbabit ke Kompleks Pusat Islam bagi meneruskan sesi pembelajaran tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bagi mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini berhubung Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan meminta penjelasan daripada Jawi berkenaan masa depan sekolah berkenaan yang dikatakan bakal ditutup.

Abdul Aziz berkata, pemindahan itu dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf Masjid Negara iaitu lokasi sekolah tersebut dan Jawi kini dalam usaha mengenalpasti lokasi lain yang bersesuaian. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain