Anifah Aman

Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman berkata, hal itu bagi mengelakkan sebarang kesan negatif berlaku disebabkan tiada sebarang kajian menyeluruh sebelum pindaan dibuat.

“Kita seharusnya menyemak serta memahami kesemua syarat pindaan ini sebelum dibentangkan dalam Dewan Rakyat oleh kerajaan PH. Cadangan pindaan perlu dilakukan tanpa berpihak kepada mana-mana parti sebaliknya melibatkan semua pihak berkepentingan.

“Lebih penting, draf undang-undang pindaan ini juga perlu dibahas dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan Sarawak sebelum kandungannya diluluskan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anifah berkata, konsep rakan sekutu perlu dijelaskan secara menyeluruh khususnya berhubung syarat-syarat Perlembagaan Persekutuan yang boleh dilaksanakan serta pencerahan mengenai tanggungjawab dan duti yang perlu diberikan Kerajaan Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak.

Katanya, walaupun penduduk Sabah dan Sarawak berdebar-debar menantikan pindaan akta berkenaan, kerajaan PH perlu mengambil langkah cermat dengan mengambil kira kesan jangka masa panjang kepada kedua-dua negeri Kepulauan Borneo itu.

“Perkara ini perlu dilakukan secara holistik dan selari dengan konsep Malaysia sebagai negara progresif yang mana rakyatnya hidup bersatu padu, aman serta harmoni,” katanya. -UTUSAN ONLINE