Program yang bertujuan melatih golongan pelajar bertutur dalam bahasa Arab itu melibatkan penyertaan seramai 29 fasilitator dan tujuh pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam UKM.

Pengetua SAMHL, Mohd. Zainul Arifien Mohd. Jaid berkata, kebanyakan pelajar takut dan malu bertutur bahasa Arab kerana bimbang tersalah tatabahasa.

“Sedangkan pelajar Cina dan India mahir bertutur dalam bahasa Inggeris, kita yang sememangnya membaca al-Quran setiap hari perlu lebih berani bertutur dalam bahasa Arab.

“Program ini juga penting supaya pelajar boleh menguasai bahasa, memperbanyakkan kosa kata sekali gus mudah menjawab soalan peperiksaan nanti,” katanya ketika berucap dalam program tersebut di SAMHL dekat sini hari ini.

Seramai 336 pelajar daripada tingkatan satu dan dua menyertai program tersebut yang berlangsung dua hari sehingga esok. - UTUSAN ONLINE