Tinjauan Utusan Malaysia mendapati keadaan jalan yang tidak ubah seperti kawah itu menyebabkan penduduk terpaksa memandu berhati-hati kerana bimbang kenderaan mereka terperosok ke dalam lubang.

Keadaan ini juga menyebabkan masa perjalanan bertambah walaupun ke destinasi yang dekat kerana pemandu dan penunggang perlu memandu perlahan untuk mengelak lubang

Utusan Malaysia difahamkan, masalah itu berlaku sejak sekian lama, namun sehingga hari ini tiada sebarang tindakan diambil pihak berkuasa.

Sementara itu, pihak Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Te­ngah ketika dihubungi berjanji akan mengambil tinda­kan se­gera dengan meminta bantuan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah untuk menampal jalan yang berlubang untuk ke­selamatan dan ke­selesaan pengguna.