Sharin Darus
SHARIN DARUS

Namun, laluan tersebut bertukar wajah dan meriah waktu malam dengan adanya Vintaj Night Market sejak enam tahun lepas sekali gus menjadi tum­puan orang ramai.

Pasar malam yang menjual barangan terpakai atau dikenali sebagai ‘bundle’ itu dibuka setiap Jumaat dan Sabtu bermula pukul 9 malam hingga 4 pagi.

Terdapat kira-kira 200 peniaga mempamerkan barangan jualan mereka seperti pakaian dan aksesori semurah RM5 hingga mencecah ribuan ringgit di kaki lima kawasan itu.

Kebanyakan daripada mereka menjual barangan bundle secara dalam talian, namun peluang berniaga di Jalan Raja Bot direbut bagi meraih pendapatan sampingan.

Bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini, Persatuan Penjaja Melayu Wilayah Persekutuan Cawa­ngan Jalan Raja Bot dengan kerjasama Persatuan Peniaga Bundle Malaysia menganjurkan program ‘Merdeka Night - JRB Vintage Night Market’ di kawasan itu.

Menurut Pengerusi Persa­tuan Penjaja Melayu Wilayah Persekutuan Cawangan Jalan Raja Bot, Sharin Darus, program bertemakan ‘BMX Back To 80s’ itu mendapat sambutan memberangsangkan daripada peniaga dan pengunjung.

Jelasnya, tema BMX di­pilih bagi mengenang kembali basikal itu yang popular dalam kalangan remaja sekitar 80 an dan 90 an.

“Selain jualan pakaian terpakai, turut diadakan pameran basikal klasik BMX, pertandingan gaya bebas BMX, kayuhan malam sekitar Jalan Chow Kit dan persembahan kugiran.

“Program ini bertujuan menarik ramai lagi peminat bundle di seluruh negara. Sejak memulakan perniagaan di sini, ramai golongan belia aktif berniaga bagi meraih pendapatan sam­pingan,” katanya.

Tambahnya, ia salah satu usaha untuk meningkatkan semangat patriotisme dan penyer­taan golongan muda dalam pelbagai program sambutan kemerdekaan.