Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan memberitahu, pertandingan yang bermula sepanjang 1 Ogos hingga 16 September ini menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada peserta.

"Pertandingan dibahagikan kepada sembilan kategori antaranya

bangunan kerajaan dan swasta, kampung, sekolah, taman perumahan, kediaman individu serta pintu gerbang.

"Orang ramai yang berminat boleh menghantar borang penyertaan kepada Jabatan Penerangan WPKL sebelum tarikh tutup penyertaan pada 31 Julai ini," kata kenyataan itu di sini. - UTUSAN ONLINE