“BNM mengumumkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kecairan pertukaran asing (FX), dan kecairan pasaran bon. Kami melihat perkembangan ini secara positif, dan melihatnya sebagai usaha untuk memperkukuh dan meluaskan pasaran dalam negeri.

“Yang penting, akses terhadap lindung nilai dinamik dalam negeri dipeluas, termasuk bank amanah dan institusi global yang lain,” kata firma penyelidikan itu dalam notanya hari ini.

BNM berkata ia mengambil beberapa inisiatif pembangunan untuk meningkatkan kecairan pasaran FX dan bon domestik, berkemungkinan sebagai tindak balas terhadap tindakan FTSE Russell bulan lepas, selain sejajar dengan hasrat pengawal selia itu untuk terus memperluas dan memperkukuh pasaran kewangan dalam negara.

Maybank Kim Eng berkata pengumuman itu selari dengan unjuran firma itu, bagi memberi masa yang mencukupi untuk menilai kesan ke atas kecairan pasaran menerusi langkah-langkah baharu itu. -BERNAMA