Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, setakat Mac ini, sistem aplikasi dibangunkan itu merekodkan Selangor dengan jumlah tertinggi aduan gagal diselesaikan PBT iaitu hanya 33 peratus daripada 1,292 kes.

Menurutnya, Melaka pula menjadi negeri terbaik dan paling aktif dalam menyelesaikan aduan dikemukakan rakyat kepada agensi berkaitan.

“Aplikasi aduan iKepoh boleh diakses secara percuma, menjadi landasan penting bagi KPKT merasai denyut nadi rakyat dan selesaikan masalah berbangkit,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Bersama Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri-negeri di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE