“Usaha menaik taraf persijilan sedia ada ke peringkat diploma harus disegerakan demi menjaga hak pihak berkepentingan iaitu pembayar zakat serta pelajar-pelajar asnaf.

“Buat masa ini IKB hanya menawarkan kursus sijil kepada semua pelajar dan apa yang menjadi kekangan adalah tempat terhad “, “ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sijil tamat pengajian kepada 101 graduan dalam Majlis Penganugerahan Sijil IKB kali ke-27 di sini.


Antara kursus yang ditawarkan adalah Kejuruteraan Elektrik, Teknologi Binaan Bangunan, Perkhidmatan dan Penyajian Makanan serta Seni lukis dan seni reka.