Bagaimanapun, Soam yang mencecah usia 60 tahun, akan terus kekal sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat itu sehingga 31 Ogos 2019.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, IJM berkata, Liew Hau Seng akan dilantik sebagai CEO dan pengarah urusan baharu berkuat kuasa pada 1 September 2019.

Selain itu, Pengerusinya, Tan Sri Abdul Halim Ali akan turut berundur daripada Lembaga Pengarah selepas tarikh AGM itu dan menamatkan tempoh 12 tahun perkhidmatan beliau sebagai pengarah bebas.

Menurut IJM, Tan Sri Tan Boon Seng @ Krishnan yang ketika ini menyandang tugas sebagai timbalan pengerusi, akan dilantik sebagai pengerusi syarikat mulai 29 Ogos, 2019. - BERNAMA