Salina yang merupakan seorang bekas wartawan dan kini merupakan penulis sepenuh masa menerima wang tunai RM12,000, watikah penghargaan dan buku penghargaan HSKU.

Tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh novel bertajuk ‘Manifestasi Ketam Biru’ karya Md. Nizar Parman dan Rindu Syonan-to karya Nazri Hussein yang masing-masing menerima hadiah RM8,000 dan RM5,000.

Majlis penyampaian HSKU 2016 iaitu edisi ke-32 penganjurannya hari ini menjadi medan untuk menghargai lebih 30 penulis daripada pelbagai genre di negara ini.

Majlis tersebut yang berlangsung di Hotel Istana di sini diserikan dengan kehadiran Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. - UTUSAN ONLINE