PUTRAJAYA, 27 MAC 2019- Pengarah Hospital Putrajaya (HPj),Datuk Dr. Norai Mohd. Said ketika ditemui pemberita di sini hari ini.Wartawan: HAKIMI (AM UTUSAN)

Pengarahnya, Datuk Dr. Nora’i Mohd. Said berkata, pembinaan kemudahan itu merupakan keperluan untuk pesakit dan juga pelawat kerana surau sedia ada tidak lagi mampu menampung penggunaan pada setiap hari.

Sehubungan itu katanya, sumbangan orang ramai dan badan korporat amat diharapkan bagi merealisasikan pembinaan dua kemudahan tersebut demi memberi keselesaan kepada pesakit dan juga pelawat di HPj.

“Keadaan kemudahan itu di HPj ketika ini agak kritikal memandangkan jumlah kehadiran pesakit luar mencecah sehingga 1,000 orang sehari manakala kakitangan di hospital sahaja berjumlahkira-kira 2,000 orang.

“Sekarang jumlah kutipan terkumpul ialah sebanyak RM500,000 dan projek akan dimulakan apabila dana mencecah 70 peratus daripada kos anggaran pembinaan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurut Nora’i, dana terkumpul RM500,000 itu merupakan sumbangan orang ramai selain setiap 2,000 kakitangan HPj menderma RM1 sebulan bagi memastikan hasrat pembinaan kemudahan itu menjadi realiti.

Katanya, HPj dan Kementerian Kesihatan juga bersetuju menyediakan tanah kosong bersebelahan taman permainan kanak-kanak berhadapan lobi utama sebagai tapak surau dan balai pelawat terbabit.

“Untuk balai pelawat, HPj merancang untuk membina bangunan dua tingkat dengan 18 bilik yang menempatkan 36 katil untuk kemudahan pelawat yang datang dari jauh menemani pesakit,” katanya.

Mengenai permohonan sumbangan orang awam itu, Norai'i berkata, kutipan berkenaan terpaksa dibuat berikutan peruntukan kerajaan adalah terhad memandangkan dana sedia ada perlu dikhususkan untuk projek lebih kritikal

Nora’i berkata, mana-mana pihak yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam (16018010027944) Tabung Pembinaan Surau Ibnu Sina Hospital Putrajaya atau Bank Rakyat (110981002095) Surau Ibnu Sina Hospital Putrajaya.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh berhubung terus dengan Ummiaton Koronay (0383124378) atau Kamaruzaman Abdul Aziz (0383124200 samb 1910) atau Suziyana Sukri (0127860665). - UTUSAN ONLINE