Progam membersihkan tangan secara bergilir-gilir itu melibatkan penyertaan seramai 3,559 kakitangan dan pelajar perubatan hospital berkenaan.

Pengarah HKL, Dr. Heric Corray berkata, program itu bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menjaga kebersihan diri selain mempromosi kepatuhan kepada aspek penjagaan kebersihan tangan dalam kalangan anggota kesihatan.

“HKL sedang menuju ke arah hospital premier maka kebersihan tangan merupakan elemen utama yang harus dititikberatkan oleh semua kakitangan.

“Amalan kebersihan tangan adalah antara faktor utama untuk mengelakkan jangkitan kuman dalam kalangan pesakit,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan di lobi utama HKL, di sini hari ini.

Anugerah tersebut disampaikan oleh wakil MBOR, Nurul Syahirah Mohd. Yusof kepada Heric.

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hand Hygiene, Dr. Nor Azham Hakim Darail. - UTUSAN ONLINE