Harga runcit diesel pula naik satu sen kepada RM2.05 seliter.

Ini dinyatakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui infografik di laman sesawangnya.

Bagi minggu sebelum ini iaitu dari 31 Ogos hingga 6 September, harga runcit mingguan bagi RON95 ialah RM2.16 seliter, RON97 (RM2.44 seliter) dan diesel (RM2.04 seliter). - BERNAMA