JASMEEN ZAHRI
JASMEEN ZAHRI

“SAYA berharap ekonomi Malaysia akan bertambah kukuh bagi membolehkan masyarakat pelbagai kaum di negara ini menikmati pelbagai inisiatif dan kemudahan. Kemajuan dalam bidang pendidikan juga perlu diteruskan bagi mengekalkan kecemerlangan sebagai hab pendidikan yang terunggul.

JASMEEN ZAHRI, 43

Pemilik restoran

 

 

 

 

ABDUL RAHMAT OMAR
ABDUL RAHMAT OMAR

 “UTAMAKAN perpaduan, itu harapan saya untuk seluruh rakyat Malaysia walaupun kita berdepan dengan perbezaan fahaman politik yang kritikal ketika ini. Keunikan, keamanan dan kemakmuran Malaysia yang didiami penduduk pelbagai bangsa dan agama ini perlu dikekalkan walaupun 2018 bakal menentukan hala tuju negara.

ABDUL RAHMAT OMAR, 51

Pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

 

 

 

 

ISMI ZAKINI ISMAIL
ISMI ZAKINI ISMAIL

 “KEHARMONIAN dan kemakmuran Malaysia perlu terus dipertahankan walaupun kita bakal berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Semangat cintakan negara perlu diberikan keutamaan walaupun berdepan dengan perbezaan fahaman politik.

ISMI ZAKINI ISMAIL, 33

Penjawat Awam

 

 

 

 

 

 

SITI RADZIAH MOHD. SAIL
SITI RADZIAH MOHD. SAIL

 “ZAMAN teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ketika ini menyebabkan masyarakat lebih ke hadapan dalam pelbagai isu. Namun, arus pemodenan ini turut menimbulkan pelbagai kesan dan reaksi, oleh itu saya berharap kerajaan lebih tegas dalam menangani isu sensitif yang tular agar tidak dibiarkan menjadi virus yang sukar dirawat.

SITI RADZIAH MOHD SAIL, 30

Pekerja swasta

 

 

 

 

YUHASRIZAL YUSOF
YUHASRIZAL YUSOF

 “SEBAGAI golongan pertengahan, saya berharap kos sara hidup akan menurun berbanding tahun-tahun sebelumnya. Dalam masa sama saya berharap kerajaan dapat mengukuhkan ekonomi negara bagi mencipta lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat terutama pelajar yang baharu tamat pengajian.

YUHASRIZAL YUSOF, 30

Penjawat awam