Seorang guru Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 2, Mohd. Azlan Kassan memberitahu, tanggungjawab yang diberikan itu harus dilakukan dengan amanat dan ikhlas walaupun pelbagai cabaran mendatang.

“Kita sebagai pendidik perlu betulkan niat bahawa mengajar murid kerana Allah dan saya percaya semua guru mahukan anak muridnya berjaya kelak.

“Kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE