Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, sebanyak 10 buah rumah di kawasan Hulu Kelang turut dinaiki air.

“Hujan lebat di kawasan terbabit menyebabkan air dari Sungai Gisir yang sangat deras masuk ke Sungai Kelang sebelum melimpah.

“Turut terjejas adalah laluan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Zoo Negara yang sesak teruk akibat banjir kilat berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE