Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan & Komunikasi   Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Abdul Raof Ahmad berkata, henti tugas loji rawatan keempat Rantau Panjang yang menyalurkan bekalan air terawat kepada beberapa kawasan di Kuala Selangor itu secara tidak langsung menyebabkan berlaku gangguan  bekalan air.

" Sebanyak 86 kawasan melibatkan 18,200 akaun pelanggan di Kuala Selangor dijangka terkesan dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

" Antara kawasan terlibat adalah Bagan Pasir,Pasir Penambang, Bagan Sungai Yu dan Pekan Batang Berjuntai.

"Turut terlibat Jalan Lingkungan Tanjung Karang, Sungai Rambai serta Kampung Api-Api," katanya dalam kenyataan akhbar lewat malam ini.

Beliau berkata,  usaha sedang diambil bagi mengatasi masalah ini dan orang ramai boleh merujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor dan laman sesawang www.syabas.com.my bagi mendapatkan maklumat dan status terkini yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa. -UTUSAN ONLINE