Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Abdul Raof Ahmad berkata, dengan pemulihan di dua wilayah itu, lima kawasan utama yang terjejas iaitu Gombak, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Kuala Lumpur dan Kuala Langat telah pulih sepenuhnya.

“Peratusan pemulihan bagi Wilayah Klang/Shah Alam dan Petaling pula masing–masing berada di tahap 99 peratus.

“Segala usaha diambil bagi menstabilkan tekanan dan aliran di sistem agihan dan mempercepatkan pemulihan. Kami menyasarkan pemulihan keseluruhan kawasan sebelum atau pada pukul 9 pagi, Jumaat ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE