Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, langkah itu bagi memastikan pengguna sedia maklum dan membuat persediaan awal ekoran kejadian yang disebabkan oleh pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2.


“Air Selangor menghargai kerjasama pelanggan sepanjang tempoh gangguan.

“Pelanggan dinasihatkan merujuk laman web www.syabas.com.my atau muat turun aplikasi telefon bimbit Air Selangor di Google Play atau App Store, facebook Air Selangor atau twitter @air_selangor untuk maklumat kawasan dan status terkini yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. - UTUSAN ONLINE