Bertemu dengannya baru-baru ini, hero filem KL Special Force itu berharap agar syarikat miliknya mampu mencatat hasil jualan agresif dalam mencapai misi untuk memiliki empayar perniagaan yang kukuh.

“MRP Diet Sdn. Bhd. adalah milik saya sepenuhnya dan telah mengeluarkan produk pertamanya berupa sup segera yang dikeluarkan dalam tiga pilihan perisa iaitu tom yam, cendawan dan ayam.

“Menariknya, ramuan sup ini diperbuat daripada bahan organik yang berkhasiat tinggi sekali gus menggalakkan kempen pemakanan sihat dan seimbang bagi menghindari pelbagai jenis penyakit,” katanya.

Fattah berkata demikian ketika ditemui sewaktu majlis pelancaran produk tersebut yang diadakan di ibu kota semalam.

Memperkenalkan slogan menerusi tanda pagar #kacaukacaukenyang, Fattah berhasrat formula perniagaannya itu dapat mengorak langkah cemerlang dan gemilang. - UTUSAN ONLINE