Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Enam gerai rosak dipukul ribut

SEBAHAGIAN gerai makanan dan minuman dihempap pokok akibat angin 4
SEBAHAGIAN gerai makanan dan minuman dihempap pokok akibat angin kencang di PPR Intan Baiduri, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Sebanyak enam daripada 10 buah gerai makanan dan minuman di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, Kepong di sini mengalami kerosakan akibat dihempap pokok dan ditiup angin kencang.

Menurut Ketua Blok A perumahan itu, Khairul Anuwar Yusoff, kejadian kira-kira pukul 3.30 petang hari ini bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan serius.

“Kejadian itu membuatkan peniaga terpaksa menutup perniagaan mereka yang bermula petang. Setakat ini belum dipastikan berapa nilai sebenar kerosakan yang dialami mangsa terbabit,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Menurut Khairul Anuwar, kejadian tersebut berlaku di perkarangan Laman Sejahtera berdekatan blok D perumahan tersebut.

“Selain itu, beberapa batang pokok turut tumbang ekoran angin kencang dan hujan lebat,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain