Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

EJG tawan Bukit Kutu

Rangka aktiviti ‘outdoor’ setiap bulan

ROZITA SUTAN TARUDDIN (dua dari kanan, barisan hadapan) bergambar
ROZITA SUTAN TARUDDIN (dua dari kanan, barisan hadapan) bergambar dengan beberapa ahli EJG ketika berada di puncak Bukit Kutu. - UTUSAN ONLINE

HULU SELANGOR 11 Sept. - Pasukan mendaki Ekspedisi Jelajah Gunung (EJG) mahu memulakan kembali semua aktiviti ‘outdoor’ melibatkan pendakian gunung mahupun berkelah sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh sebulan.

Setiausaha EJG, Rozita Sutan Taharuddin, 42, berkata, ia sebagai langkah untuk menghidupkan semula aktiviti tersebut selepas beberapa bulan tidak diadakan.

Menurutnya, aktiviti mendaki Bukit Kutu, di Kuala Kubu Bharu, di sini merupakan program pencetus untuk memberikan aspirasi kepada ahli bagi program-program seterusnya.

“Sebelum ini kita memang adakan program sama ada melibatkan pendakian bukit, gunung mahupun berkelah santai. Tapi ia sudah lama tidak dijalankan sejak hampir enam bulan lalu.

“Bermula hari ini, kami dalam perancangan untuk adalah aktiviti lasak seperti ini dengan lebih kerab bagi persediaan untuk menawan puncak Gunung Kinabalu pada November depan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rozita berkata, seramai 30 orang yang menyertai aktiviti itu berjaya menawan puncak Bukit Kutu.

“Kita mulakan pendakian pada pukul 8 pagi dan alhamdulillah semua peserta berjaya sampai ke puncak dalam tempoh masa tiga jam.

“Aktiviti ini adalah bertujuan bagi membangkitkan semangat cintai alam sekitar sekali gus mahu mengeratkan hubungan dengan lebih akrab serta mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang hayat,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain