Pengidap kanser tahap empat, Azemi Zahid menerima bantuan daripada Pertubuhan Prihatin dan Muhibbah Kuala Lumpur dan Selangor dan Skuad Jejak Asnaf Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di kediamannya di bengkel IKS Semarak, Setapak, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN ONLINE

Timbalan Pengerusi PPMKLS, Fazlinda Md. Ramli berkata, sumbangan berupa barangan keperluan harian seperti beras, kuih raya termasuk tilam itu bertujuan membantu meringankan nasib golongan memerlukan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

Katanya, bantuan itu merupakan sebahagian daripada program yang dijalankan selama tiga hari bermula semalam melibatkan beberapa kawasan seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kepong, PPR Jelatek, PPR Desa Rejang, Gombak dan Hospital Columbia.

“Seramai 50 orang golongan sasar menerima manfaat menerusi program yang dianjurkan ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE