Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, watikah perlantikannya telah diserahkan semalam.

“Saya berharap semua pihak, khasnya kakitangan Perbadanan Labuan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada Dr. Fary dalam menjalankan tugas beliau.

“Kita berharap dan penuh yakin Dr. Fary dapat memberikan yang terbaik untuk Labuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khalid menambah, nama Dr. Fary telah dimajukan oleh penal lima pegawai kanan Kementerian Wilayah Persekutuan yang telah menemuduga enam calon untuk jawatan berkenaan.

“Penal ini diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Saripuddin Kassim. Turut serta sebagai penal adalah Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Seri Amir Husein,” katanya.

Dr. Fary pernah berkhidmat di luar negara dalam kapasiti sebagai pegawai tadbir dan diplomatik dan kemudiannya sebagai Penasihat Ekonomi di pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di Bangkok, Thailand.

Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Ketua Seksyen Perkhidmatan, Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Kementerian Kewangan.

Dr. Fary mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda dari Universiti De Montford, United Kingdom.

Beliau kemudian memperolehi ijazah sarjana dari Universiti Waseda, Tokyo dan seterusnya ijazah PhD dari Universiti Kyoto, Jepun. - UTUSAN ONLINE