Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

'Doktor, peguam' warnai sambutan Hari Guru

ZAILANI KARIM (tengah) bersama para guru mengangkat tangan membaca
ZAILANI KARIM (tengah) bersama para guru mengangkat tangan membaca ikrar sambil diperhatikan murid-murid dalam sambutan Hari Guru di SK Taman Bunga Raya 2, Bukit Beruntung, Selangor, hari ini. UTUSAN ONLINE/GHAZALI BASRI

RAWANG 16 Mei - Aksi guru lelaki dan wanita berpakaian mengikut kerjaya seperti doktor, peguam dan jurutera mewarnai sambutan Hari Guru yang bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bunga Raya 2.

Guru Besar Zailani Karim berkata, gimik guru memakai pakaian sebegitu bertujuan mendedahkan murid dengan pelbagai bidang selain menjadi seorang pendidik.

“Murid perlu tahu skop kerjaya itu sangat luas dan mereka berpotensi untuk mencapainya jika belajar bersungguh-sungguh. Dengan penampilan guru hari ini mereka dapat tahu pelbagai bidang yang boleh diceburi.

“Acara lain yang turut memeriahkan sambutan sama termasuk bacaan perutusan Ketua Pengarah Pendidikan, nyanyian lagu ‘Guru Malaysia’, permainan explorace dan persembahan murid,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain