ANIH Berhad menawarkan diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada para pengguna KLK dan LPT 1 sempena Deepavali pada Rabu ini. - UTUSAN ONLINE

Pengarah Eksekutif Anih Berhad, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, diskaun tol bagi pengguna ke­dua-dua lebuh raya terbabit ditawarkan bermula pukul 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam pada hari tersebut.

“Pemberian diskaun itu adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat kepada pengguna KLK dan LPT1.

“Selain itu, syarikat turut mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebagai rujukan pengguna merancang perjalanan pulang ke pantai timur sempena cuti Deepavali,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, seperti mana musim perayaan sebelumnya, pengguna yang ingin menuju ke pantai timur boleh mendapatkan jadual TTA di laman web Anih Berhad atau mengikuti Twitter @LPTTrafik dan Facebook, Lebuhraya Pantai Timur. - UTUSAN ONLINE