Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Denda kurang RM10,000 atau penjara jika merokok di zon larangan

MHD. AMIN NORDIN ABD AZIZ bersama Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan 2
MHD. AMIN NORDIN ABD AZIZ bersama Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah (kiri) melihat tanda amaran dilarang merokok diletakkan di laluan pejalan kaki berbumbung pada Majlis Pelancaran KL Bebas Asap Rokok Di Jejantas/Laluan Pejalan Kaki Berbumbung di Ruang Legar Sunway City Mall, di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE/ FAISOL MUSTAFA

KUALA LUMPUR 18 Mei - Patuhi peraturan atau terpaksa berdepan tindakan penguatkuasaan.

Demikian ditegaskan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz kepada individu yang gagal mematuhi peraturan di zon larangan merokok di semua jejantas dan laluan pejalan kaki berbumbung di ibu negara.

Menurutnya, mereka boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun bagi kesalahan tersebut.

“DBKL telah mewartakan semua jejantas dan laluan kaki berbumbung di ibu negara sebagai zon bebas rokok berkuat kuasa 15 April lalu.

“Langkah ini merupakan titik permulaan, Kuala Lumpur Bebas Asap Rokok dan menjelang tahun 2045 menyasarkan kurang lima peratus yang merokok dan tiada yang merokok di Malaysia ,” katanya ketika merasmikan Majlis pelancaran KL Bebas Asap Rokok di Jejantas dan Laluan Pejalan Kaki Berbumbung Kuala Lumpur 2017 di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain