Pengarah Eksekutif Pengurusan DBKL, Datuk Mustafa Mohd. Nor berkata, penjaja yang gagal menyediakan bahan pembungkus makanan daripada bahan mudah terurai akan dipantau oleh inspektor makanan daripada Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL.

“Larangan yang dikuatkuasakan sejak awal September tahun lalu itu adalah inisiatif untuk menguruskan sisa sampah secara mampan.

“Notis amaran akan dikeluarkan bagi kesalahan pertama dan akan disusuli kompaun jika didapati melakukan kesalahan berulang,’’ katanya semasa pelancaran Program Penguatkuasaan Pemeriksaan Sanitasi dan Persampelan Makanan Bazar Ramadan DBKL 2018 di sini hari ini.

Sementara itu Mustafa berkata, golongan penjaja juga dinasihatkan supaya tidak membuang sisa minyak masak ke dalam longkang sebaliknya dikumpul dan diasingkan untuk dikitar semula.- UTUSAN ONLINE