ANGGOTA penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunda dua buah kenderaan buruk dan terbiar di Jalan Pantai Dalam, Lembah Pantai, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN ONLINE

Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff berkata, tindakan itu diambil kerana kegagalan pemilik mengalihkan kenderaan mereka di atas laluan awam sehingga menyebabkan halangan lalu lintas.

“Notis dikeluarkan serta merta sehari sebelum tindakan dibuat. DBKL juga menasihatkan pemilik bengkel supaya mengalihkan motor buruk ke lokasi lain sebelum tindakan selanjutnya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia pada Jumaat lalu melaporkan mengenai kesesakan di Jalan Pantai Dalam yang menghubungkan Jalan 1/132 ekoran terdapat beberapa halangan antaranya kenderaan buruk selain sikap orang ramai dan pemilik bengkel meletakkan kenderaan pelanggan di bahu jalan. - UTUSAN ONLINE