Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Anuar Mhd Juri berkata, pertandingan siri ketujuh itu dijangka menerima lebih daripada 1,000 penyertaan.

“Yuran sebanyak RM35 dikenakan bagi setiap joran. Pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia di lokasi pertandingan pada hari Sabtu ini bermula dari pukul 1 tengah hari hingga 10 malam dan pada hari acara dari pukul 6.30 pagi hingga 10 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Maklumat lanjut mengenai JPKL 2018 boleh diperolehi melalui laman Facebook JoranKL atau menghubungi urus setia di talian 013-3052811, 013-2667011 atau 012-2846811. - UTUSAN ONLINE