DBKL dalam kenyataannya berkata, sebarang pendapat dan cadangan boleh dikemukakan menerusi laman web https://sites.google.com/view/ideabajet/utama yang akan ditutup pada 31 Ogos ini.

"Bagi memastikan Bajet 2020 dapat disediakan dengan baik dan memenuhi keperluan warga kota, cadangan dan syor dari warga kota amat dialu-alukan.

"Maklum balas yang dikemukakan akan diambil kira dalam perancangan aktiviti atau projek Bajet 2020," katanya.

Menurut kenyataan itu, cadangan boleh dikemukakan mengikut lapan program utama yang selari dengan fungsi DBKL antaranya Pembersihan Bandar dan Kesihatan, Kemudahan Infrastruktur Jalan Raya, Sistem Lalu Lintas dan Saliran serta Penghijauan, Kemudahan Taman dan Rekreasi. - UTUSAN ONLINE