Pengarah Eksekutif Pe­rancangan DBKL, Datuk Mohd. Najib Mohd berkata, antara fungsi aplikasi tersebut adalah bertujuan untuk berkongsi sebarang maklumat dan pengumuman terkini, lokasi aktiviti, serta aturcara lengkap program yang akan bermula pada 16 hingga 19 Oktober ini.

“Melalui aplikasi ini juga memudahkan perkongsian maklumat di antara pihak penganjur dan peserta dalam pelbagai bidang seperti perkhidmatan, industri minyak dan gas selain berpeluang menghubungi penceramah secara terus.

“Warga kota boleh memuat naik aplikasi ini secara percuma di telefon pintar masing-masing melalui laman web www.wecpkualalumpur2018.com,” katanya selepas melancarkan aplikasi berkenaan di sini. - UTUSAN ONLINE